Tarikh Puasa Ramadan Dan Hari Raya Puasa 2010

Tarikh puasa ramadan untuk tahun 2010 kalau mengikut kiraan falak adalah jatuh pada 11 Ogos 2010 (Rabu)  dan tarikh untuk Hari Raya Puasa pula jatuh pada 10 September 2010 (Jumaat). Dah dekat sangat dah kita dengan bulan ramadan. Segala persediaan boleh mula dilakukan samaada dari aspek fizikal ataupun mental. Jangan ingat persediaan buat baju raya jer.

Puasa Ramadhan 2010

Kalau boleh, sila lah start berpuasa sunat dalam bulan Syaaban sekarang ini. Bukan saja untuk kita bersedia dalam menghadapi dugaan puasa bulan Ramadan, tetapi juga untuk mengambil hikmah bulan Syaaban itu sendiri dimana dalam satu hadis yang diriwayatkan  oleh Saidatina Fatimah r.a mengatakan bulan yang paling banyak Rasulullah S.A.W berpuasa selepas bulan Ramadan adalah bulan Syaaban. Dari situ kita dah nampak klu betapa besarnya kelebihan bulan Syaaban.

Dan satu lagi, perlu lah diingat yang bulan Ramadan sepatutnya kita membelanjakan harta kita kearah kebajikan disamping menghayati kesusahan orang fakir miskin dalam menghadapi kehidupan seharian. Jadi, jangan pulak kita membazir membeli makanan yang banyak untuk memuaskan nafsu makan yang sementara sahaja. Tak capai maksud puasa ramadhan tu nanti.

tarikh puasa 2010

Akhir kata, selamat berpuasa ramadan kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya di negara Malaysia ni. Semoga dalam menempuh Ramadan 2010 ini, kita semua mengambil peluang untuk melipatkan pahala amalan kita. Tak tahu bila lagi kita akan bertemu Ramadhan. Takut tak sempat tahun depan. :)



 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com