Gambar Gathering GengBlogger 2010

Tanggal 10 Julai telah berlangsung aktiviti Gathering GengBlogger 2010 di Putrajaya Challenge Park. Lebih dari 50 blogger yang hadir (ramai jugak) untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain. Terima kasih kepada projek direktor yakni JoeGrimjow kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini tanpa banyak masalah.

Aktiviti pagi bermula dengan main teka-teki tahap budak tadika (tema gathering nih pun kanak-kanak) dan dijuarai oleh kumpulan 4 (kumpulan aku, hehe). Tapi yang paling best ialah pada sesi petang dimana blogger-blogger otai berkongsi ilmu dengan budak-budak noob macam aku nih. Banyak jugak yang dapat belajar. Cume yang kantoi nyer dah petang tu paham-paham jer la, kepala asyik terangguk-angguk tahan ngantuk. Secara overall, gathering GengBlogger ini boleh dikatakan berjaya mencapai objektif. Wartawan Kosmo siap datang lagi. Ramai orang komplen tempat nih jauh sangat. Tapi aku ok jer sebab dekat dengan rumah aku. Haha.. Cume lain kali kalau buat kat sini lagi, aku cadangkan kita main wall climbing ramai-ramai. Baru mencabar. Huhu.





 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com