Seperti yang dijanjikan, geng blogger dah masuk surat khabar kosmo. Aku ingat bila Joegrimjow cakap gathering geng blogger akan masuk surat khabar, dapat petak kecik je. Rupanya kosmo memang bermurah hati untuk kasi satu page besar. Nasib baik la gambar aku pun termasuk dalam group photo tu. Ada juga chance masuk surat khabar. Kosmo pun jadi. Haha.

Yang paling best sekali Joegrimjow dengan Ariff, gambar besar tu. Boleh simpan jadi koleksi tunjuk kat anak cucu nanti. Semoga geng blogger dapat buat lagi gathering macam ini pada masa akan datang. Kepada blogger-blogger yang baru tahu pasal gengblogger, boleh la register untuk join komuniti online yang agak sihat ini. Gambar dibawah, sila klik untuk tumbesaran maksimum!

