Peperiksaan SPM tahun 2010 dah makin dekat. Mesti ramai budak-budak tingkatan 5 dah mula tak sedap badan, rasa nervous, dan macam-macam lagi lah. Maklumlah, untuk budak-budak sekolah, SPM memang peperiksaan paling besar.

Kalau SPM keputusan tak beberapa bagus, peluang untuk masuk ke IPT pun akan jadi agak susah sikit. Lagi-lagi, setiap tahun, makin ramai budak-budak yang dapat straight A's. Jadi, persaingan untuk mendapat tempat di IPT yang baik semakin sukar. Walau macam mana pun, semoga berjaya diucapkan kepada calon-calon SPM 2010. Buat yang terbaik, InsyaAllah, akan dapat juga yang terbaik. Dibawah merupakan jadual peperiksaan SPM untuk tahun 2010. Dah ada jadual tu, pandai-pandai lah bajet masa nak study yer.