Juara Imam Muda Musim Pertama - Asyraf

Akhirnya seperti yang disangka-sangka oleh aku selama ini, Imam Muda Asyraf telah menjadi juara untuk rancangan Imam Muda Astro Oasis musim pertama. Bagi aku, dia memang layak menang. Tapi itu tak bermakna imam muda Hizbur tak hebat. Cuma mungkin tidak menyerlah daripada Asyraf. Lagipun masing-masing ada gaya dan personaliti tersendiri.

Juara Imam Muda 2010

Imam muda Asyraf nampak lebih mesra dan suka senyum. Masa balik kampung pun dia main futsal dan berdakwah dari situ dengan ajak solat berjemaah diatas court futsal tu. Imam muda Hizbur pulak nampak tegas dan matured. Bila balik kampung, orang kampung siap beratur tu salam dengan dia. Hadiah pun boleh tahan. Semua imam muda yang sebelum ni, 8 orang, dapat tajaan biasiswa untuk belajar ke luar negara. Memang berbaloi.

Imam Muda Hizbur

Imam muda Hizbur sebagai naib juara membawa pulang wang tunai RM15 ribu, pakej haji dan umrah, iPhone, Macbook, percutian ke Bandung, trofi , sijil pentauliahan juga dan biasiswa belajar ke luar negara.

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf pula sebagai pemenang pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM20 ribu, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah, iPhone, Macbook, percutian ke Bandung, trofi, sijil pentauliahan, biasiswa belajar ke luar negara dan yang paling penting, mendapat jawatan sebagai Imam di Masjid di Kuala Lumpur.

Dan, apa yang aku notice dekat facebook dan blog-blog lain, sume orang heboh cakap pasal isteri Asyraf ngan Hizbur lawa. Haha. Memang lawa pun. Aku ingat adik mula-mula. Rupanya isteri. Suruh diorang masuk rancangan gadis melayu la yer. Eh jap. Dah kawin tak kira gadis dah rasanya. Hehe.

Astro Oasis memang telah menyajikan satu rancangan yang menarik dan lain dari yang lain. Sistem penghakiman pun tak macam rancangan realiti biasa, tahu undi SMS jer. Juri utama pandai buat lawak. Memang sempoi. Dan yang paling penting, dapat beri nafas baru dalam industri hiburan tanah air yang terlalu cenderung ke arah barat dan mengetepikan konsep program keIslaman lain yang dah tak relevan dekat muda-mudi zaman sekarang. Semoga program-program keislaman yang kreatif sebegini diwujudkan lagi oleh Astro Oasis. Tahniah.



 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com