Man Bai - Kau Ilhamku Lirik Dan Chord

Sepanjang aku hidup selama berpuluh-puluh tahun (padahal 20 tahun je) kat Malaysia nih, lagu Melayu yang paling evergreen sekali dan terkenal di saantero dunia yang aku pernah dengar adalah lagu dari abang Man Bai kita yakni Kau Ilhamku.

Man Bai - Kau Ilhamku Lirik dan Chord

Kalau buat camping, family day atau apa-apa event sekali pun, bila sampai part buat persembahan nyanyian, wajib goreng gitar lagu Kau Ilhamku ni dan mesti semua orang ikut nyanyi sekali. Dan yang menariknya bukan orang melayu je yang tau nyanyi lagu ni, tapi orang cina dengan india pun reti nak ikut sekali join nyanyi.

Selama ni kalau aku goreng gitar lagu Man Bai ni aku memang guna chord default  yang dah ada dekat internet (yang guna C G Am G F G tu). Standard la, buat apa nak buat chord sendiri kalau orang lain dah buat. Tapi bila aku main-main balik, aku rasa chord dia macam tak masuk la dengan jiwa aku. Jadi aku pun telah mengambil keputusan untuk membuka YouTube dan cuba buat chord lagu Kau Ilhamku ni sendiri. Setelah beberapa synchronization dijalankan, hasil yang telah didapati adalah seperti dibawah.

Aku rasa betul dah tu chord dia (kalau guna standard tuning la). Cuba korang test strum tengok betul ke tak. Kang kalau salah kene kutuk plak. Hehe.

Dim lights Embed Embed this video on your site

Artist - Man Bai
Lagu - Kau Ilhamku
Chord Author - Azizie

B            F#
Beribu bintang dilangit
G#m         F#
Kini menghilang
E           F#
Meraba aku dalam kelam

B           F#
Rembulan mengambang
G#m         F#
Kini makin suram
E          F#      B
Pudar ilhamku tanpa arah

B             F#
Sedetik wajahmu muncul
G#m      F#
Dalam diam
E            F#
Ada kerdipan ada sinar

B          F#                         
Itukah bintang
G#m          F#
ataupun rembulan
E       F#         B
Terima kasih kuucapkan

B    F#     G#m     F#     E     F#
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
B    F#     G#m     F#     E     F#
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

B    F#     G#m     F#
Maafkanlah oh...
E                                      F#
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
B    F#     G#m     F#
Kau senyumlah oh...
E                         F#
Sekadar memori kita di arena ini

B    F#     G#m
Kau ilhamku
F#   E      F#
Kau ilhamku...


[B  F#  G#m  F#  E  F#] x2  


B    F#     G#m     F#     E     F#
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
B    F#     G#m     F#     E     F#
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu

B    F#     G#m     F#
Maafkanlah oh...
E                                      F#
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
B    F#     G#m     F#
Kau senyumlah oh...
E                         F#
Sekadar memori kita di arena ini

B    F#     G#m
Kau ilhamku
F#   E      F#     B
Kau ilhamku... Kau ilhamku



 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com