Seorang kawan pernah menanyakan kepada saya mengapa keris perlu diperasap?. Saya telah pun menjawab persoalan beliau melalui email dan saya rasa ada baiknya jika saya turut berkongsi jawapan itu kepada umum.

Memperasapkan keris adalah bertujuan untuk
mewangikan keris tersebut. Seperti mana manusia
mandi dengan sabun untuk mewangikan badan mereka, keris
pula dimandikan dengan asap kemenyan kerana bau wangi yang dikeluarkan
oleh kemenyan apabila dibakar. Timbul persoalan, mengapa tak gunakan
pewangi lain? Ini kerana, pada zaman dahulu minyak wangi masih belum
wujud. Jadi kebanyakan sumber wangian datangnya dari kemenyan yang pada
masa dahulunya banyak dibawa oleh saudagar-saudagar arab ketika
berdagang di Tanah Melayu.
Timbul juga persoalan mengapa dalam banyak-banyak senjata Melayu,
hanya keris yang diperasapkan. Ini kerana,
fungsi keris bukan sahaja sebagai senjata untuk
mempertahankan diri, tetapi keris juga banyak
digunakan dalam adat-istiadat kebesaran orang Melayu. Kita dapat lihat keris fungsi keris itu
sendiri apabila digunakan oleh Sultan-sultan ketika upacara pertabalan.
UMNO juga sering menayangkan keris yang menjadi
simbol parti itu sendiri. Oleh kerana keris
sering digunakan dalam upacara-upacara sebegini, keris
itu akan dimandikan dan diperasapkan tidak lain dan tidak bukan untuk
memastikan keris itu berada dalam keadaan
terbaik.
Saya tidak menolak pertuduhan yang mengatakan memperasapkan keris ini ada memasukkan unsur syirik. Ini memang
terjadi kerana ada sebahagian individu menggunakan upacara memperasapkan
keris ini untuk tujuan pemujaan. Lebih-lebih
lagi asap merupakan makanan jin yang Allah jadikan daripada api kerana
asap juga berasal daripada unsur api. Seperti mana kita manusia yang
sukakan minuman yang sedap, makanan yang hangat, buah-buahan lazat dan
menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur
iaitu air, api, tanah dan angin. Tetapi sebagai umat Islam, kita
perlulah berfikiran rasional dan menjauhi perkara-perkara yang boleh
membawa kepada syirik ini.
Masyarakat Melayu memang sinonim
dengan senjata keris ini kerana asal-usul keris itu sendiri berasal dari bangsa Melayu. Sebagai
pertubuhan silat, adalah merupakan kewajipan untuk mengajar ahli-ahlinya
tentang cara menggunakan keris dengan betul
tidak hanya dengan tujuan untuk berlawan, tetapi dari aspek seni tari keris itu sendiri yang indah dimata orang yang tahu
menilainya.
