Broga Hill - Mari Mendaki Bukit Broga

Broga Hill atau nama saintifiknya Bukit Broga yang lokasinya terletak di Semenyih memang terkenal dikalangan kawan-kawan aku di facebook. Tengok ramai sangat kawan-kawan aku yang dah pergi lepas tu upload gambar kejayaan mendaki ke puncak broga hill dekat facebook.

Bukit Broga

Aku memang tak bleh tengok kalau orang buat aktiviti-aktiviti outdoor yang macam best ni, lagi-lagi broga hills tu dekat je dengan rumah aku (dalam 30 minit gitu) terus aku pun nak jeles. Jadi bila ex-roomate aku ajak aku pergi broga hill, memang dah tak fikir panjang, terus aku accept event request dari dia.

Perjalanan bermula pada pukul 4.30 pagi dari rumah aku di Bangi dengan ditemani ex-roomate  ku yang tumpang tidur sekali kat ruang tamu (gila semangat datang rumah sebab takut bangun lambat) dan setelah bercampur sesat di pekan semenyih, akhirnya kami berjaya sampai pada pukul 5.15 pagi. Untuk pengetahuan, tempat starting point nak panjat broga hill ni adalah dekat dalam ladang kelapa sawit dan kene bayar dalam RM2 (kalau tak silap) sebagai yuran parking. Dan dekat bawah bukit tu juga, ada orang jual makanan dan lampu suluh.  Jadi kalau lapar boleh lepak-lepak makan dulu kumpul tenaga dan kalau tak ada lampu suluh tu, memang dah jatuh hukum wajib untuk beli sebab jalan nak naik ke puncak sangat gelap jika pendakian bermula pada waktu subuh.

Plan awal nya nak jumpa lagi 5 orang sahabat dekat bawah Broga Hill sebelum memulakan pendakian, tapi sebab tunggu sampai pukul 615 pagi pun diorang tak sampai lagi, jadi  selepas menunaikan solat subuh, aku dengan ex-roomate ku pun terpaksa lah memulakan pendakian terlebih dahulu (takut miss sunrise). Disebabkan broga hill ni dah jadi agak popular sekarang, ramai jugak pendaki-pendaki lain yang turut menemani aku mendaki sekali. Dan kadang-kadang, berlaku trafik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia. 

Setelah bersusah payah (susah la sangat) selama lebih kurang 45 minit, akhirnya kami berjaya menawan puncak pertama broga hill. Dia ada lebih kurang 4 puncak rasanya dan jarak antara puncak-puncak ni tak ada la jauh sangat. Dan di puncak yang terakhir ada sign board selamat datang yang menyambut setiap pendaki.  Kalau sesiapa yang panjat broga hill, wajib ambil gambar dekat sign board nih untuk membuktikan korang memang betul-betul dah sampai ke puncak broga hill.

Secara keseluruhan, aku rasa broga hill ni agak menarik untuk didaki. Pemandangan pun agak cantik dan tak susah mana untuk newbie atau awek-awek ayu nak daki. Sepanjang pendakian, jalan pun tak terlalu curam. Kalau orang tak ramai, rasanya boleh sampai ke puncak dalam masa 30 minit. Dan disarankan sangat-sangat untuk memakai kasut yang mempunyai grip kuat sebab bila hujan, jalan sangat licin dan boleh membawa maut. 

Gerai Broga Hill

Mendaki Broga Hill

Broga Hill Di Waktu Subuh

Di Puncak Broga Hill

Di Puncak Broga Hill

Di Puncak Broga Hill

Broga Hills

Broga Hill

Broga Hills



 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com