Hidup Seorang Blogger

Entry hidup seorang blogger ini sebenarnya adalah satu contest anjuran denaihati. Disebabkan hadiah yang diberi sangat lumayan dan jugak senang untuk masuk, maka aku dengan senang hatinya mendaftar kan diri walaupun tak pernah masuk apa-apa contest anjuran mana-mana blogger pun sebelum ni.

Hidup Seorang Blogger

Bercakap tentang soal hidup seorang blogger, kalau nak diikutkan aku ni bukannya seorang blogger tegar pun. Kalau rasa ada benda menarik nak kongsi dengan umum, aku pun buat lah entry baru. Boleh cakap frekuensi aku update blog ni seminggu sekali. Bukan apa, sebab aku ni jenis seorang yang sibuk. Aku dah kerja dan bila balik kerja ada part time lagi. Jadi masa untuk berkasih sayang dengan blog tu amat lah kurang. Kalau bab-bab blog nih, aku lagi suka buat blogwalking. Banyak info-info menarik aku jumpa.

Blog ni objektif asal sebenarnya adalah untuk memperlihatkan karya-karya fotografi aku yang tak lah lawa mana pun, saje mengada-ngada nak tunjuk. Cuma masa awal-awal tu, nampak objektif macam dah lari sebab entry masa mula-mula banyak pasal chord guitar buatan sendiri. Entry pasal chord guitar ni banyak menyumbang ke jumlah visitors ke blog aku kerana boleh cakap semua chord guitar dalam blog ni dibuat sebab masa mula-mula tu bila aku cari dekat internet chord guitar yang aku nak memang takde, aku pun buatlah sendiri dan letak kan dalam blog ni. Jadi, orang lain yang carik chord guitar yang sama pun memang akan landing ke page aku, takde source lain dah. Bila tengok objektif blog dah lari, aku pun melarikan lagi objektif dia dari fotografi blog kepada general blog. Apa-apa yang aku rasa nak kongsi, aku buat entri, tak fokus dah dekat fotografi atau chord guitar. Sekejap, aku nak kena masukkan keyword hidup seorang blogger kat perenggan ni. Okeh, dah masuk.

Hidup Sebagai Seorang Blogger

Ada satu benda yang membakar semangat aku untuk terus berblog iaitu jumlah visitor ke blog aku. Kalau nak cakap, total average tu takde lah sampai seribu nak lawan dengan blogger-blogger otai kat luar nun yang memang pegang prinsip hidup untuk berblog. Tapi cukup banyak lah bagi aku untuk update blog seminggu sekali dengan jumlah semua entry kat dalam blog ni tak sampai 50 pun. Cuma, memang ada certain-certain masa traffik blog nih meningkat sampai 3000 visitors sehari. Rasa macam kelakar pun ada juga tengok visitors ramai sangat (ramai ke?).

Maka, itulah sedikit kisah hidup aku sebagai seorang blogger yang tak beberapa nak tegar. Tengok blogger-blogger lain update blog setiap hari merupakan satu perkara pelik tambah mengagumkan untuk aku. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakan blogger kat malaysia nih student. So tak hairanlah diorang punya banyak masa nak bercinta-cintun dengan blog. Memang hidup untuk blog diorang ni semua. Ada sesetengah tu siap cakap "My blog is my life".

Hidup Seorang Blogger Picisan

Rasanya, sampai disini sahaja entry kali ni. Aku ada nak kena buat kerja (tengok!! sibuk tak?? Hahaha). Selamat berpuasa kepada semua umat Islam didunia ini. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan semoga aku menang contest hidup seorang blogger anjuran denaihati ini. Amiinnnn.. Dapat RM300 tu kalau menang.



 
You are here:

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com