HIDUP SEORANG BLOGGER - Gathering GengBlogger Di Shah Alam

Ini adalah entri wajib kedua untuk contest SEO Denaihati, HIDUP SEORANG BLOGGER. Walaupun kedudukan aku mula-mula dulu top 10 dalam google, tapi kemudian turun ke kedudukan belas-belas, sekarang lagi teruk sampai puluh-puluh. Baru je ingat nak menang contest ni, tak ada harapan la nampaknya (T_T).

HIDUP SEORANG BLOGGER

Semalam baru saja berlangsung aktiviti gathering gengblogger besar-besaran kali kedua di Plaza Alam Sentral untuk bersama-sama bermain bowling.  Kemudian berbuka puasa dekat dataran shah alam. Kehadiran boleh dikatakan agak mantap sampai blogger-blogger dari negeri Johor dan Melaka pun datang memeriahkan sekali. Memang sangat semangat korang ni semua.

Aku datang dengan seorang blogger yang popular kot, si Long yang blog dia bernama Coretan Perantau. Kalau nak cakap rumah aku kat Bangi agak jauh la dengan tempat si Long ni sebab dia dekat Bangsar. Tapi nasib baik aku ada hal jumpa klien website aku dekat dengan area-area situ, jadi boleh la aku pick-up budak nih lepas dah selesai urusan dan pergi sekali.

Mula-mula ralat juga sebab masing-masing tak pernah sampai  Plaza Alam Sentral. Dua-dua pun orang Terengganu, jalan KL ni memang tak familiar sangat. Tapi aku dengan kebijaksanaan aku (nada riak) telah save map untuk kesitu yang last-last tak guna jugak sebab sesat. Ini semua salah Long, sia-sia jadi co-pilot. Wahaha.. Akhirnya tanya abang jaga tol lagi senang, selamat juga sampai.

Masa kitorang sampai dalam pukul 345 macamtu, dah ramai dah yang bersiap nak main bowling. Aku kalau bab-bab bowling ni memang fail tak pernah menang. Kalau bertanding siapa masuk longkang terbanyak, tu aku boleh menang. So aku pun ambil keputusan jadi photographer sepenuh masa. Kalau semua orang main bowling, siapa nak ambil gambar. Hehe.

Aktiviti berbowling habis dalam pukul 630 dan diteruskan dengan aktiviti menyerang bazaar ramadan. Keadaan agak sesak di bazaar. Aku cuma beli murtabak, roti john dan air longan saja sebab balik tu plan nak pergi mcD, jadi beli makanan sekadar alas perut. Long aku tak ingat dia beli apa. Tak apa, tak penting. Haha..

Bila dah selesai beli makanan, satu lagi kesesatan berlaku untuk cari Dataran Shah Alam, memang fail. Cari punya cari, selamat juga sampai tapi orang dah berbuka dulu baru kitorang sampai. Takpe lah, asalkan sampai. Lepas sembahyang maghrib di masjid  aku dengan Long terus balik rumah masing-masing, tak join aktiviti malam tu. Apa-apa pun, gathering kali ni rasa lagi best dari yang first. Mungkin sebab ada aktiviti main bowling yang memerlukan setiap orang tunjukkan semangat kesukanan masing berjaya mengeratkan lagi hubungan antara blogger walaupun tak pernah bersua muka sebelum ini. Aku pun dapat kenal ramai blogger-blogger hebat dalam bidang masing-masing masa gathering ni. Gathering yang first agak segan sebab masa tu aku tak kenal seorang pun blogger lain. Aku datang pun masa tu sebab saja suka-suka. Apa-apa pun, dibawah ada gambar-gambar yang sempat aku tangkap. Mari layan..


HIDUP SEORANG BLOGGER




 
You are here:

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com