Program Sukarelawan 1000 Senyuman

Pada bulan Julai lepas, telah berjalan satu program sukarelawan yang dinamakan Sukarelawan 1000 Senyuman. Program ini bertujuan untuk mengumpul belia-belia yang mahu menjadi sukarelawan dalam menyumbangkan tenaga dan masa bagi membantu golongan anak-anak yatim dan miskin.


Sukarelawan 1000 Senyuman

Sumbangan yang dimaksudkan adalah lebih cenderung kepada aspek pembelajaran dimana dari pemerhatian di mana-mana pusat jagaan anak yatim sebelum ini, rata-rata kemampuan akademik mereka agak lemah dan sebahagian mereka boleh dikatakan agak kritikal.

Untuk program pertama (pilot program), pusat penjagaan yang menjadi lokasi sukarelawan-sukarelawan 1000 Senyuman ini menyumbangkan bakti adalah Pusat Penjagaan Baitul Hidayah, Puchong. Pusat Jagaan Baitul Hidayah ini dihuni oleh 21 orang yang berusia antara 4 hingga 14 tahun yang tergolong daripada anak-anak yatim, miskin, anak asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan perlindungan, asuhan dan kasih sayang. Hasil pemerhatian, ada kanak-kanak yang sudah berada di darjah 5 tapi masih lagi tidak tahu membaca. Keupayaan mengira juga agak lemah. Dan ada juga diantara kanak-kanak ini perlu diberi perhatian khas.


Pusat Penjagaan Baitul Hidayah


Secara keseluruhan, pilot program ini boleh dikatakan agak berjaya dengan lebih 30 sukarelawan berjaya dikumpul setakat sebulan program ini berjalan. Program ini diharap dapat dijadikan salah satu medium yang berkesan untuk memudahkan para belia yang hendak menyumbangkan sesuatu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Ini kerana sebahagian besar sukarelawan yang ada dalam Program Sukarelawan 1000 Senyuman adalah dari kalangan pelajar-pelajar IPTA dan golongan yang baru bekerja. Jadi agak susah untuk mengharapkan sumbangan mereka dari segi wang ringgit atau material. Satu-satunya cara yang relevan dan berkesan untuk menyalurkan sumbangan adalah dengan memberikan masa dan tenaga untuk membantu anak-anak yang tidak bernasib baik ini.


Sukarelawan-sukarelawan


Penganjur program ini juga ada mendekati badan-badan NGO seperti MuslimAid dalam mengukuhkan dan menyokong program ini. Setakat ini, MuslimAid telah memberi kata lisan untuk meminjamkan sebahagian kemudahan mereka seperti pejabat untuk pihak Sukarelawan 1000 Senyuman menjalankan apa-apa aktiviti.

Buat masa ini, program ini tertumpu di Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong dan akan dilaksanakan di pusat jagaan lain pada masa akan datang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program sukarelawan ini, anda boleh join kami di group facebook Sukarelawan 1000 Senyuman - Klik Sini. Cuma perlu perkenalkan diri anda disitu dan akan ada ahli-ahli Sukarelawan 1000 Senyuman yang akan melayan sebarang pertanyaan yang diaju. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini.

Pengorbanan yang paling besar yang boleh dilakukan adalah Masa. Harta yang paling bernilai yang boleh diberi ialah Ilmu. Renung-renungkan dan selamat beramal.





 
You are here:

Photography Services

  • Wedding
  • Portrait
  • Event

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com