Saya Menang Contest SEO Hidup Seorang Blogger

Saya, pemegang mohor besar raja-raja cina, dengan ini mengumumkan, saya telah menang Contest SEO Denaihati yang tajuknya HIDUP SEORANG BLOGGER. Muahaha. Atas permintaan abang Denaihati, saya akan buat review pasal contest SEO ini.

Hidup Seorang Blogger

Jika dilihat, pertandingan yang mempertandingkan keyword HIDUP SEORANG BLOGGER di search engine keluaran Google ini memang agak sengit. Maklumlah, yang bertanding pun ramai otai-otai blogger yang pakar SEO. Famous-famous pulak tu kalau nak dibanding dengan diriku yang blog on and off nih. Bila orang lain tengok keputusan pertandingan ni, mesti akan tertanya-tanya "sape plak azizie.com nih? tak kenal pun". Sekali lagi nak gelak, muahaha.

Ini adalah kali pertama aku masuk contest yang dianjurkan dalam dunia blog. Sebagai seorang web developer, aku pun saja-saja nak cuba ilmu SEO yang aku tahu dah alang-alang ada contest tu kan. Secara sejujur-jujurnya, kemenangan ini adalah sesuatu yang sangat unexpected.  Kalau tak ada orang inform aku yang aku menang, memang sampai bila-bila pun aku tak tahu. Terima kasih Kech sebab beritahu!!! Nanti belanja. Sekarang mari pergi ke kronologi contest SEO ini oleh aku.

Pada suatu hari, selepas mendaftar untuk menyertai contest SEO Hidup Seorang Blogger, saya pun menantikan masa untuk membuat 2 entry wajib yang telah disyaratkan kepada semua peserta-peserta. Dua entry ini menurut penganjur, mestilah bertemakan Hidup Seorang Blogger. Setelah sampai waktu yang telah ditetapkan, saya pun melepaskan entry pertama saya seperti dibawah.

http://azizie.com/umum/hidup-seorang-blogger

Tetapi sebelum itu, saya awal-awal lagi telah menembak satu entry yang mempunyai keyword "hidup seorang blogger" di entry lain dengan tujuan untuk memberitahu Google yang saya dah 'chop' keyword ini awal-awal. Jadi Google akan mengambil berat perkara ini sebab ingat saya adalah antara founder keyword "hidup seorang blogger". Entry itu boleh dilihat dibawah. Simple entry sahaja, janji cukup syarat.

http://azizie.com/umum/seo-contest-hidup-seorang-blogger

Setelah menerbitkan entry wajib yang pertama, saya pun bersenang-lenang dengan girangnya. Ini kerana kedudukan saya ketika itu di Google adalah dalam ranking top 7 untuk keyword yang dipertandingkan. Tetapi semakin lama, kedudukan saya semakin menurun ke tangga berbelas-belas. Ini adalah lantaran blogger-blogger otai sudah mula campur tangan dan menggunakan kuasa page rank yang tinggi pada blog masing-masing dicampur dengan backlink-backlink yang mantap-mantap. Sebahagian dari mereka juga mengepost banyak entry yang  mempunyai keyword "hidup seorang blogger". Langkah ini bagi memberitahu Google yang blog itu memang menceritakan tentang "hidup seorang blogger" jadi Google pun akan suka.  Contoh yang paling baik adalah blog  http://kb-mall-runtuh.blogspot.com. Blog tu memang hardcore, banyak gila entry tentang "hidup seorang blogger". Sebab itulah dia dapat no 1 dalam pertandingan ini.

Contest SEO Hidup Seorang Blogger

Walaupun kedudukan saya sudah ke tangga berbelas-belas, tapi saya tak risau lagi sebab saya nak tunggu entry wajib ke-2.   Saya masih girang sehinggalah pada suatu hari, saya terbaca post ini dalam blog penganjur, Denaihati.

http://denaihati.com/hidup-seorang-blogger-entri-wajib-2

Dalam post itu, penganjur telah menekankan yang keyword yang dipertandingkan adalah "HIDUP SEORANG BLOGGER" dan kedudukan blog mestilah top 10 dalam ranking Google.com. Yezzzaaa, saya sudah silap.. Wakaka.. Sebab sebelum ini saya ingat keyword adalah "hidup seorang blogger" dan ranking adalah dalam Google.com.my. Masa ini saya agak putus harapan sebab masa semakin suntuk. Dengan kehebatan blogger-blogger otai, agak mustahil nak memintas dalam masa terdekat. Ditambah lagi, google telah menolak position saya ke kedudukan 70 lebih sebab tersalah optimize (kena penalize). Google ingat saya cuba scam keyword "hidup seorang blogger".

Sedikit tips, kalau nak rank dalam Google.com, seeloknya entry kenalah dalam bahasa Inggeris. Kalau Google.com.my pula, entry kena dalam bahasa Melayu. Cuba tengok senarai yang menang, kedudukan yang tinggi adalah entry dalam bahasa inggeris.

Saya sangat sedih. Walaupun begitu, saya tetap juga mengeluarkan entri wajib ke-2 dalam blog saya. Dalam entry tersebut, saya cuma optimize ala kadar sahaja untuk keyword "HIDUP SEORANG BLOGGER".  Masa ini memang berserah saja. Dengan masa yang suntuk, memang dah tak harap menang dah. Entry wajib ke-2 boleh dilihat dibawah.

http://azizie.com/umum/hidup-seorang-blogger-gathering-gengblogger-di-shah-alam

2 hari sebelum keputusan diumumkan, kedudukan saya masih lagi 70 lebih. Tapi, pada saat-saat akhir di bulan Ramadhan yang mulia ini, tiba-tiba kedudukan saya berubah dengan sangat drastik dari 70 lebih ke top 10. Nampaknya Google dah tarik balik penalize yang dikenakan keatas blog saya untuk keyword "HIDUP SEORANG BLOGGER". Mungkin akhirnya dia sedar yang saya ini budak baik. Akhirnya saya telah menang contest ini. Muehehe..

http://denaihati.com/30-raja-seo-hidup-seorang-blogger-dan-hadiah

Terima kasih diucapkan kepada penganjur yakni abang Denaihati kerana bagi duit raya. Boleh buat isi minyak nak balik kampung. Lain kali kalau abang Denaihati buat contest saya akan join lagi!



 
You are here:

Web Development Services

  • Corporate
  • E-Commerce
  • Blog

Contact Me

You can contact me via

  • Tel: 012-9886441
  • Email: azizie@azizie.com
  • Gtalk: ziepakker@gmail.com
  • YM: ziepakker@yahoo.com